Saturday, August 29, 2009

Dunia luar yang luar biasa




Sabtu 29 ogos 2009,bersamaan 9 Ramadan 1430 hijrah

kali pertama putera n permaisuri aku keluar berjalan-jalan...rasa lucu bila kali pertama bawa putera aku kuar dari rumah...first sekali bila bawa kuar sian tgk putera aku yela orang tak pernah kena cahaya matahari...tapi alhamdulillah aku bersyukur kehadrat ilahi kerana memberi kami seorang putera yang sihat...yela sejak dia kecil aku mmg tak pernah bagi dia bersantai kat luar rumah...selalunya kalau anak org yang selalu bersantai kat luar umah nie dia kena kuning...tapi anak aku tak...apapun alhamdulillah...syukur..

yang paling syoknya hari ni...aku bawala orang umah aku ngan putera aku kuar berjalan-jalan yela dah lama sangat orang umah aku terperap dalam umah...dah nak naik sembab muka...aku pun meluangkan la masa aku dengan family..yela sekarang nie bila di gelar je biznesman...masa aku ngan family dah kurang...sebabnya terpaksa commite dekat luar jumpa rakan-rakan biznes...tapi alhamdulillah bila kuar ngan family sekali nie aku rasa syok sangat...walaupun aku ngan bini aku nie mmg suka berjalan tapi kalau nak berjalan tak pernah nak tau nak berjalan kat mana...tau g cari barang yang nak pastu balik...hahaha,tapi kesian kat AQIF HADIF (putera sulung aku)yela tak pernah mengalami susana yang haruk piruk kat shopping complex dok keras je dalam stroller kena lak bila masuk kedai yang dok ada lagu2 dia dok tercebik2 nak menangis,kesiannya...aku ngan bini aku kuar nie pun nak belikan pakaian dia n barang2 lain..hajat kita org nak belikan topi untuk dia...kita org masuklah dalam butik anakku...sekali bini aku jumpa bahagian topi untuk baby dia amik aku try pakaikan kat anak aku...ya Allah comelnya dia..mcm umi dia...hensem lak tu...ehem dah tentu mcm ayah dia ye tak...hahahah...pastu aku nagn bini aku bawa dia berpusing kat dalam shopping complex...amik gambar...syok tgk anak aku...pandai berposing..ntahla ikut sapela...apapun aku doa anak aku taklah terjebak ngan budaya begitu...naauzubillah....lepas nie aku terpaksa la berjauhan balik ngan bini aku n putera aku..."YA ALLAH BERIKANLAH KAMI KEKUATAN DAN PERMUDAHKANLA URUSAN KAMI,MOGA DAPAT KAMI BERTEDUH DI BAWAH SATU BUMBUNG DAN MENGECAPI KEBAHAGIAN BERSAMA"-AMIN

Friday, August 14, 2009

Cukup 1 Bulan


Tinggal 2 hari lagi putra sulung aku & isteri aku genap SEBULAN,rasa cepat masa berjalan dalam tak sedar Ramadhan yang mulia bakal menjelma dalam kita sibuk beribadah dan sibuk berkerja,hai tahun nie apa pulak la plan aku ngan org umah aku ye????dulu raya aku sorang datang raya haji aku berdua datang raya puasa nanti aku bertiga...seronok pulak rasa..tapi alhamdulillah aku dah sempurnakan cukur jambul anak aku (pada 9/8/09)..ramai juga yang datang kenduri tu..tapi apa pun aku berterima kasih dekat mak mertua aku sebab dia seorang je yang settle kan kenduri nie..kira tekong la..dengan kerjasama KULAAN kami di perak majlis berjalan dengan lancar..akak2 ipar aku dok berkerja dari lepas subuh sampai ke malam,abg ipar aku siap bangun sebelum subuh settlekan apa yang patut...mmg syok gila aku rasa...mana tak syoknya aku tak buat apa pun...tapi aku tek lupa kat dorang "THANKS TO ALL MY BROTHER IN-LAW"..tapi yang syoknya time majlis tu abg ipar aku yang kena conduct majlis..tapi time tu dia tak berapa sihat..dia dok berapa kali hint suh aku yang conduct aku buat tak dengar je..tapi tuhan tu nak tunjukan gak pada org yang nak lari2 nie..haha sekali abg ipar aku tak jumpa ayat nak di bacakan...apalagi ontimer sume turunla...masing2 dok bermusyuarat surah n ayat apa yang selalu org baca time cukur jambul...mak tam belah isteri aku pun cakap surah al-imran..aku pun dah lega la sebab mak tam dah bagi clue..pala otak aku pun dah pikir selamat dah...sekali tak ingat ayat dia la pulak..mak mertua aku ngan mak tam tanya sape ade wudu' g amik al-quran..aku pun ngan volunteer la 'SAYA' hmmmm apa lagi dgn kesungguhan n semangat aku g amik dok terselak2 antara 2 org on timer,mak mertua aku ingat kepala ayat (ayat 31 surah Al-Imran)aku pun selak2 sekali jumpa...hmmm abg ipar aku pun bagi keputusan "nak lagi berkat biar ayah dia je yang baca"perghhh terkena dah...tapi bila aku pikir balik nak smapai bila takut ngan diri sendiri n malu...baca jela...aku pun duduk n baca ngan penuh teranum..(tarunnum la benar)dah selesai je anak aku di heret untuk potong rambut dia..setelah tu abg ipar aku terus bacakan doa n tahlil...rasa sempuran dah satu ibadah untuk anak aku...lepas nie tinggal nak buat aqiqah pula...insyaAllah (bila tu tak tau lagi)
apapun aku sentiasa berdoa ke hadrat illahi semoga hidup anak aku diberkati dan menjadi antara anak2 yang soleh dan sentiasa bertaqwa n menjaga umi dan ayahnya insyaAllah...amin ya rab

Friday, July 31, 2009

Sudah 11 Hari Melihat Dunia

31 Julai 2009..bersamaan 11 hari Muhammad Aqif Hadif di lahirkan di atas muka bumi Allah ini..bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi cahaya mata yang comel dan sihat,tapi yang paling best sekali bila dapat tatap wajah dia rasa ilang sume masalah dalam pala,masa dok layan dia main rasa penat pala otak ngan badan nie ilang serta merta...tapi aku tak pernah lupakan umi dia...walaupun berjauhan tetap rindu ngan umi Aqif Hadif...ntah banyak sangat soalan yang di tujukan pada kami berdua..bila lagi nak idup bersama?hm...nak jawab macam telan mati mak luah mati bapa...susah nak katakan..tapi apapun aku tak pernah lupa keluarga yang tercinta...tapi bila berjauhan nie bila tgk anak org dok berkepit je ngan ayah n mak mereka,aku sayu je rasa..aku tak kisah tak cukup duit tapi aku nak rasa harta paling yang aku sayang berada di depan mata,sakit mereka,penat mereka,makan mereka,pakaian mereka dan lain-lain lah...apapun aku bermohon padamu ya Allah semoga diberi kesenangan yang berpanjangan dan kesihatan serta dimudahkan segala urusan dan juga dapat hidup bersama keluarga tercinta insyaAllah...hai nak tunggu 2 minggu dok rasa rindu sangat bila dengar sore dia merengek dalam talipon rasa nak je ulang alik perak selangor...tapi kita keje makan gaji manala nak mampu buat tu semua...insyaAllah usaha tangga kejayaan yang penting semangat nak buat biznes kena betul...kena ada tujuan n matlamat....

Thursday, July 23, 2009

Cinta Hati Kami Berdua






Alhamdulillah kami dan seisi keluarga memanjat rasa kesyukuran kepada ilahi kerana kami dianugerahkan cahaya mata yang pertama,rasa terharu bercampur gembira teramat sangat kepadaNya kerana menganugerahkan kami cahaya mata yang amat comel dan sihat...alhamdulillah syukur..tapi aku berterima kasih kepada isteri yang tercinta kerana berkorban tenaga dan keringat untuk si comel kami ni...pengorbanan isteri yang tercinta memang tak dapat aku tandingi..inilah kekuasan dan kebesaran ilahi..Dia menjadikan hambanya berjenis dan dia menyusun setiap perbuatan hambanya dengan cukup sempurna...sebab itulah Adam a.s diberikan teman iaitu Hawa untuk menemani Adam a.s dan memberi zuriat kepada Adam a.s...apapun seorang lelaki tetap tidak boleh menandingi apa yang ditanggung oleh seorang wanita terutama isteri..kerana wanita dapat bertahan utk 9 bulan dapat bertahan ketika melahirkan zuriat si suami bertahan 2 bulan untuk kembali sihat sambil melayan anak dipangkuan...ya Allah sungguh sempurna kejadianMu ya Allah....

Tanggal 20/7/09 jam 1:57 pagi merupakan hari yang penuh bersejarah buat kami berdua lahirlah cahaya mata kami yang pertama,kami di anugerahkan seorang bayi lelaki,seberat 3.2kg,dia disambut dengan sempurna...tapi pengalaman sebelum dapat cahaya mata ni memang penuh dengan kesabran,memang penuh dugaan...kita imbas kembali sebelum cahaya mata kami dilahirkan...hari ahad minggu lepas aku dah plan nak balik ke KL tapi aku dapat call dari biznes partner aku suh stay sebab nak minta settlekan dokumen dengan org umah aku..jadi aku stay pastu org umah aku kena pula g klinik hari isnin tu,aku memang naik tocangla bila kata cuti nie..hehehe bukan malas nak keje tapi???tu lain kali aku cite mula tu konon nak cuti isnin je selasa balik sekali bini aku kena tahan aku dah risau tapi buat relaxla..kena belajar 'cooooool' tiba bini aku cakap dia nak balik n taknak dok kat hospital tak syok katanya..tapi memang tak syok pun dok hospital...hehehe,pastu bini aku kata dia kena amik darah lak (BSP) aku pun tak tau menda2 ayat sains nie...4 kali sehari...hm aku punya otak dah makin ligat taknak balik KL nak lepak ngan bini aku n teman dia...aku pun buat tindakan drastik mengalahkan bos aku yang kat tempat keje tu...dgn slumber aku pun cuti...(jangan jadikan contoh pekerja begini) nanti tak naik pangkat..hahahaha,aku pun teruskan penjagaan aku selama seminggu sehingga la tarikh 19/07/09..tapi nasib baik aku beregu jaga bini aku..biasa la kena ada ONTIMER (ibu mertua ku) barula kerja jadi 'smooth' hehehehe...yang tadi tu bunga je...tepat pukul 8:00am aku prepair semua benda dalam kete tgk apa yang kurang enjin ok,isi gas 'nos',tgk wiper gerak tak...eh kesitu pulak,aku tgk persiapan utk bini aku n utk baby yang bakal lahir cukup tak..bila cukup aku arah semua berkawat n masuk kedalam trak ish...ish macam nak beperang..tiba je kat hospital apa lagi aku turun beritau yang bini aku ni perlu ditahan (pelik sungguh bunyi) nak buat mcm mana arahan..aku pun daftarla..bini aku pun dihantar ke wad...pastu mcm biasala selagi bukan waktu melawat tak boleh la nak bermanja ngan bini kat dalam wad tu lelama ada kena suntik dek nurse tu gak nanti heheheheh aku pun dah settle masukkan bini aku dalam wad aku pun melepakla ngan mertua aku,hai tuhan jela tahu betapa bosan tahap tak taula nak tunggu masa melawat...bayangkan dari pukul 10:00am nak tunggu pukul 13:00pm tak ke lama...kita terus pendekkan perjalanan dah puas kami kira nurse pesakit tu dekat 3 jam dapatla kami masuk,masuk2 g kat katil org umah aku..takde org umah aku ik pelik lak dah skit ke (bertanya hati kecil ku ini) tanya kat mak2 buyung yang menunggu ruyungnya pecah mana org umah aku...o rupanya dia g perkena kejap ngan doc...tak sampai 5 min dia balik..tanya mcm mana ok tak perkena?hmmmmmm..jawab dia tak kena lagi lepas rehat smbung pekena balik..masa jumpa cepat je masa...aku pun bincang ngan ibu mertuaku kita tunggu la sekejap kalau pasni org umah aku dah sakit bila dok pekena (ubatla) ishhh...tunggu punya tunggu bulan tak muncul2..bukanla berita dari seberang..aku pun call bini aku kata dia baru je selesai pekena ubat aku tgk jam dah 16:30pm aku pun buat keputusan yang bijak beritahu kat bini aku n discuss ngan ibu mertuaku mcm mana dia pun kata jom balikkkkkkkkk,dia beritahu tak ikutla aku nak stay kat hospital malam nanti...settle keje petang tu...kita sambung malamnya pulak,tunggu punya tunggu si abdul wahub tak balik2,hehe tu inteframe je tu...aku dah janji ngan org umah nak datang pas (menang manik urai) eh silap selepas isya',dalam perjalanan aku haus aku dok g la singgah kedai,aku talifon org umah aku tanya nak apa tak,dia kata nak mineral,aku dah settle je dapat call bini aku kata dia dah sakit,nasib baik dekat je kedai dengan pantasnya aku bawa,sampai je aku g jenguk bini aku,masa melawat time tu dah nak habis,dia cakap dia dah rasa sakit sangat macam nak buang air,aku risau dah suspend pun ada,tapi aku cool je,bini aku pun tanya nak masuk tak 'labour room' aku kata takpe je nak suh masuk..aku isi borang sume...pastu aku g solat jap...balik solat aku tak sedap hati aku msg n m.call takde balasan..hmm lagi bertambah risau la aku...dokla doa bini aku balas bitau dia kat mana...aku punya pala n mata pun dok layan je...sampaila aku terlelap..tiba ade nurse yang baik hati tu bitau yang bini aku kat dalam labour room dah perghhhh terperanjat la aku...kena pulak nurse tu tmbah ajinamoto rasa2 mcm dah bersalin...aku lagila kuar perktaan "biar betik"hehehehe nurse tu pun suh aku tunggu je dekat labour room tu lamala gak aku tunggu rasa nak berakar punggung aku..tapi keranamu isteriku akan ku tunggu biar sampai berakar sekalipun...sume kusi dah aku cuba dah time tu sampai tak tahu nak dok mana,sekali satu panggilan pulau kuar dari dewan bersalin...noor hasniza!noor hasniza! mencicit bangun aku ye saya aku nyahut...nurse tu suh ikut..aku seronol;a dah pikir dalam pala nie jaga bini aku kat wad bolehla bagi semangat...sekali nurse bawa aku tempat bersalin sungguh..terkezuuuut la aku..sampai tersilap masuk pintu..nurse tu pun tegur aku...salah pintu tu nak pengsang ke dia cakap...aku mana tahu bukan hospital aku...kalu tahu taklah salah masuk ye tak...hahahahahnurse tu suh aku ikut sorang lagi nurse,aku follow dia suh aku stay tepi bini aku n bagi support kat bini aku...aku mcm tergamam tak tau nak watpe...tgk bini aku dalam kesakitan aku jadi mcm apa nak buat nie...aku boleh jawab hmmmmm,nurse tu suh lagi aku jawab hmmmm dah kalau kat stadium bagi support retila senang je nak jerit2 hehehehe...dengan semangat kesuamian yang ada,aku teruskan beri support n bantu bini aku...tapi yang kelakarnya bini aku dok tarik nafas n 'push' aku pun dok terikut sekali rasa nak biru muka dok push...perut aku time tu jadi ketul 8 hehehe bila lepas nafas aku pun sama letih gak...dah time tu tgk betapa kuat semangat n usaha org umah aku nak bersalin..time tu la aku rasa hiba sangat tgk org umah aku berhempas pulas...aku berdoa je aku nak org umah aku n baby aku selamat n sihat...bila doc kata pala baby nak kuar dah aku pun apa lagi bagi respond n semangat kat bini aku...dangan berkat usaha n strtegi yang bagus akhirnya lahirlah 'wonderkid' untuk team aku..time tu bersyukur tak terhingga...mana taknya nampak kepala tiba2 anak aku pun boleh sua tangan dia kat nurse nak cakap terima kasih sebab menyelamatkan dia heheheh(terkejut nurse time dia sambut pala tangan anak aku pun kuar gak)masa dia kuar saja aku tgk panjangnya badan anak aku,pastu doc masukkan tiub sedut lendir dalam mulut dia n hidung dia relax je dok merengek jap je...tak menangis pun...bini aku mendakap anak aku walaupun dalam keletihan nurse tu pun tunjuk HERO kat bini aku...masa tu gembira + nak nangis rasa...nurse pun settle sume bersihkan dia bawa org umah aku ke wad(nie aku pendekkan penatla nak taip banyak2) anak aku dok buka mata dok main ngan mak dia malam tu,kami pun beri nama kat baby boy kami MUHAMMAD AQIF HADIF nie pun ada kawan org umah bagi,disebabkan sedap nama tu rasa mcm tenang je huruf tu tersusun menjadi stu nama jadi itulah gelaran untuk hero kami...alhamdulillah syukur

Wednesday, July 15, 2009

kerja..kerja...kerja

hmmm..mengeluh tak sudah,sudah...asal dok relax je pala dok pikir keje..keje..keje bukan tak syok keje tapi bila makan gaji nie,apapun nak buat rasa macam tak cukup masa,rasa tak cukup rehat,rasa mcm tak cukup happy...hai bila dipikir2 keje dok bawah org nie sakit gak jiwa..kena pula perangai org atasan sume pelik2..tapi kalau aku dok renung bapa aku keje mcm mana dia boleh bertahan kerja makan gaji ngan org...dah keje ngan org asing cakap dah tentu bukan pakai bahasa ibunda (bahasa melayu le...)sampai hari nie dia boleh je manage hidup dia ngan family...tapi aku nie sebaliknya pula...keadaan ngan bapak aku sama dah tapi aku tak boleh nak tahan ngan tekanan keje...memeng patut pun bapak aku nie boleh di gelar hero dalam family...tapi mungkin dia rasa kalau dia tak berubah diri dia mesti dia terus di tindas...tapi bila nak pikirkan org asing maksud aku selain arab ngan melayu la....walaupun depa nie kerja ngarah tak habis2 sebab nak penuh duit saku depa tapi yang org jadi respect depa boleh jadi member di luar,respect n menghargai kerja kita..tak mcm bangsa yang di turunkan nabi ni ataupun bangsa kita...bila dok di atas mula la tgk org bawah nie kecik,tgk org bawah nie mcm hamba...patutla bangsa arab ngan bangsa kita tak pernah ke hadapan...sebab apa sebab sikap nak dipuji nak dapat keuntungan ngan hasil org lain...patutla nabi banyak turun dekat bangsa arab nie...sifat angkuh dan harap pada pujian je yang rasa diri depa nie dah cukup bagus...tapi depa terlupa yang depa nie tak pernah ada perubahan yang depa rasa aku ada duit aku boleh apa saja...ayat tu mmgla betul tapi duit tu untuk kehormatan diri lebih baik tak payah...ramai lagi bangsa dia yang pohon pertolongan...sama la ngan bangsa kita yang pandang pada kebendaan semata...apalah salahnya kalau kita kaya raya cuba membantu bangsa sendiri dan bersaing ngan bangsa lain...betul la lirik XPDC org dah naik kebulan kita barula nak rasa kebulan,tapi apa pun yang penting kita terokailah diri kita kemampuan diri kita apa yang lebih seronok nak kita buat...bukan berseronok sampai lupa daratan maksudnya keseronokkan kita tu kita dapat penuhkan dengan ibadah kepadanya...tak salah kita g melancong..tapi niatla kita nak tgk kebesaranNya kecantikkan alam,tak salah nak pakai "kereta besar bapok pun" tapi kita bawa la kereta tu untuk bawa famly ke mertua ke jalan2 kita tak rasa keperitan depa menjaga kita apalah salah sebagai anak dapt beri kegembiraan untuk depa rasa penat lelah depa masak,cuci baju kita dan lain2 dengan apa yang kita ada...hm...apapun undang manusia mmg org tak boleh lari kadang tu kita bersangkut paut dengan ibadah kita...yang penting kita teruskan kerja dan cuba susun atau plan apa yang terbaik setidaknya kita dapat terokai ilmu perniagaan yang tuhan berikan kepada hambanya di muka bumi ini...insyaAllah

Sunday, July 12, 2009

angan-angan yang bakal menjadi kenyataan


Hai bila sebut je pasal kereta mewah ke,rumah bunglow ke,mesti orang kata angan-angan,yela mana tak jadi angan-angan...nak dapat semua tu bukan boleh beli pakai air liur je...bukan boleh tido je buka mata dah dok dalam angan-angan tu..tapi apa yang ada dalam hidup aku sekarang ialah usaha mcm mana nak dapatkan angan-angan tu...apa?keje mediu..hmmmm kalau kat situ mungkin sempat anak aku dapat anak kot(cucu)bukan nak "kondem"cumanya keje makan gaji nie ade masa kita dok kat atas dan ade masa kita kat bawah...tapi apaun alhamdulillah setidaknya aku rasa mcm mana live bila keje makan gaji nie...barula aku dapat belajar keringat bapa aku nak besarkan aku kuar awal pagi balik pun lewat ada masa aku jumpa dia ada masa aku tido pastu bagun tak jumpa pun dia(my memories la tu) tapi apa yang perlu ada dalam diri aku nie..belajar dari apa yang bapa aku dah usahakan...kita amik pengalaman hidup dia...kita belajar dari kesilapan dia...apapun yang penting aku dah kena susun strtegi untuk belajar tidak berhutang ngan org...tak kirala kawan ke,keluarga ke,kawan baik ke(bank)..apapun aku nak buang tabiat hutang ngan org,tapi hutang ngan yang Maha Esa nie aku kena tunaikan sebab benda nie wajib..apapun cita-cita n harapan aku kali ini aku nak juga dapatkan apa yang aku idamkan n apa yang aku angankan supaya aku dapat mengajar anak aku satu ilmu yang lebih baik dari apa yang aku buat sekarang...insyaAllah aku nak try gak pakai kereta idaman n kereta angan2 aku "AUDI A8" kalau tak dapat tahun nie...aku nak try dapat gak tauhn depan ke...
insyaAllah apa pun yang paling penting DIRI SENDIRI+ILMU+TAWAKAT&USAHA+SISTEM

Anugrah

Bila sebut je pasal anugrah..apa yang seronok dalam diri ni ialah cahayamata,hai tak sabar nak lihat cahaya mata di depan mata...tapi apa yang perlu ada dalam diri ketika ni persediaan menerima jawatan besar dalam keluarga...dekat sinila bermula era managment untuk aku n my lovely wife,yela bagaimana nak mula mengatur kehidupan yang akan datang...tapi apa yang aku sendiri pesan utk wife aku paling utama diri aku sendiri ialah "BELAJAR DARI KESILAPAN ORANG DAN SENTIASA MENGUBAH DIRI SENDIRI"...tapi apapun kita tak akan dapat buat semua tu sempurna,yang lebih utama kita buat yang terbaik untuk keluarga...bila aku bermain ngan anak aku yang masih dalam perut umi dia,dok bercakap dengan dia aku seronok bila dia bertindak balas...apapun aku sentiasa mendoakan kedua-duanya selamat dan akan hidup berbahagia insyaAllah..nasihat dari orang-orang lama n rakan-rakan banyak mengajar aku..yang mesti aku ingat aku bakal menjadi seorang "BAPA/ABI/BABA/WALID & dll"...aku sentiasa bermohon kehadrat illahi semoga aku diberi kekuatan n kepandaian untuk menjadi seorang ketua yang adil n terbaik untuk wife n anak aku nanti....InsyaAllah